Monday, 7 March 2016

Kek kek dan kek

Assalamualaikum dan hi

Jom tengok antara cake yang saya pernah hasilkan. 
Masih amatur, dan perlu banyak latihan lagi.

Brownies 

Princess cake, inside choc moist cake

Oreo cake

Double trouble choc monster cake

Choc moist with kitkat n varieties of deco

Choc indulgence cake


Sponge choc cake

Cheese cake leleh untuk hantaran 

Choc moist cupcake with buttercream deco

Chekered Rainbow cake with cream cheese

Steam Choc layer Cheese Cake

Cheese cake leleh (lagi hihi)

Black forest. Besar ni, almost 3kg

Choc moist cake with choc ganache

Choc sponge cake

Cappucino Sponge Cake with Buttercream 

Choc Sponge Cake with Edible Image

1.7kg cheese cake leleh with fondant wording

Nasi impit kuah kacang

Assalamualaikum & hi

Hari ni, saya share resepi menu jualan saya pagi tadi. Mudah sangat nak membuatnya dan dalam 1jam dah siap.
Dulu, masa aya sekolah rendah, masa tu arwah opah masih hidup, semasa nak buat kuah kacang, perlukan separuh hari. Sebab arwah opah sangat teliti, dan semua bahan di goreng terlebih dahulu. Opah akan sangai kacang tanah (goreng tanpa minyak), perlu ditampi untuk dibuang kulit, kemudian bahan bahan lain seperti bawang, cili kering udang kering dan sebagainya, perlu digoreng satu persatu.


Pernah saya tanyakan pada opah, kenapa tak digoreng sahaja bawang, cili dan lain lain sekali harung dalam kuali, sebab nanti bahan bahan tu akan di blend dan dimasuk dalam kuali yang sama. (Hihih.. kes nak cepat sebab hari sebelum raya kan banyak cerita best best). Opah senyum, dan cakap kene buat satu satu.. sebab lain bahan tak sama tempoh masaknya (dalam loghat kuale yang pekat).

Tapi bila dah besar besar dan buat kuah kacang sendiri, saya belajar cara yang lebih mudah. Satu lagi opah punya kuah kacang, ada letak santan (memang sedap). Tapi yang saya buat ni, lebih kepada kuah sate lah kot ye? Jom, Kita tengok bahan2 nya ya.


500g kacang tanah digoreng atau disangai - kemudian blend kering
Cili kering yang telah diblender (saya masuk dalam 2senduk)
5 ulas bawang merah - diblend
1ulas bawang besar diblend
1ulas bawan putih- diketuk
2 inci Halia- diketuk
3 batang serai -diketuk
Gula melaka
Asam keping / asam jawa
Garam, gula
Sedikit minyak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan semua bawang, bila dah naik bau, masukkan cili kering, tumis hingga masak. Masukkan juga halia dan serai
3. Kemudian masukkan kacang yang telah di blend kering tadi.
4. Tambah air, (agak2 ya jgn terkurang atau terbanyak) tapi takpe air ni kita boleh adjust bila kuah kacang kita dah masak nanti.
5. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan garam gula serta asam keping / asam jawa tadi. Pastikan selalu kacau untuk elakkan ia berkerak di dasar kuali.

Kuah kacang ni makin sedap selepas sehari kita buat dia. Hehe. Betul ni. Dan kalau selepas masak, kuah selalunya sedikit pekat, boleh je kita tambah air at any time, cuma pastikan  kita panaskan balik sehingga menggelegak. Oh ya. Kuah kacang perlu seimbang rasa antara manis dan pedas.

Kuah kacang ni tahan lama. Jadi boleh la makan berulang kali. Hehe.