Assalamualaikum dan hi
Lama jugak tak kongsi resepi kat sini. Bz sikit lately,especially bila anak2 dah start sekolah.
Okay.. weekend baru ni, kawan saya wassap tny resepi untuk roti jala saya. So,hari ni saya kongsikan resepi Roti Jala yang dijamin lembut sampai kepetang.
Bahan
3cawan tepung gandum
3cawan air / santan / susu segar
1tsp garam
2 1/2 -3 tbs minyak
1 biji telur
Blendkan semua sekali, kemudian boleh 'dijalakan' hehe. Saya suka guna botol muncung 3, nanti cantik jadinya macam tikar.
Selalunya saya hanya guna air suam. Saya tak guna santan, sebab risau cepat basi (ada kes kami order dr seseorag dulu, dia guna santan, by the time nak serve during lunch, dah ada bau basi basi)
Susu pula saya x pernah cuba, sebabnya anak yg kecil allergic susu.. hihi. So air suam is terbaik. Kalau utk makan on the spot, boleh la guna santan. Mmg terasa lemaknya.
Minyak yang dicampur dalam bancuhan untuk memudahkan proses menjala sebenarnya. Masa menjala, kita dah tak perlu oles minyak pada nonstick pan kita. Sebab dah ada minyak dalam bancuhan. Jimat masa 😁
Roti jola sedap digandingkan dengan kuah kari. Saya akan masak kari ayam yang pekat, tidak bersantan, ala2 kari mamak
Nanti saya share resepi kari pula ya.
Sehingga lain posting.. toodles.....
Sunday, 24 January 2016
Tuesday, 5 January 2016
Menu laksam
Assalamualaikum & hi
Hari ni kita share resepi laksam.
Faveret saya. Rela makan berulang ulang. Tak ingat dah santan @ tepung gandum yg digunakan tu. Hihi. Sumber resepi saya ambil dari blog Azie Kitchen
Bahan laksam:
3cawan tepung beras
1/2cawan tepung gandum
5 cawan air (sy guna 3cawan air biasa, 2 cawan air panas)
1/2 sudu kecil garam.
Satukan semua bahan dan hilangkan tepung yang bergentel. Kukus guna penutup periuk. Oleskan minyak pada penutup periuk dulu ya. Kukus selama lebih kurang 5min kemudian boleh diangkat / digulung. Nak tau dah masak atau belum, laksam akan menggelembung.
Bila dah siap semua adunan, boleh la digunting semua laksan tersebut. (Laksam mesti di gulung tau)
Bahan Kuah:
1kg ikan selayang -diperisikan
15 ulas Bawang merah
1inci halia diketuk
1-2 sudu serbuk lada hitam (yg kasar2 tu)
Santan (sy guna 1/2kg)
2keping asam keping
1.Setelah ikan diperisikan, blend hancur. Tulang ikan pun sama. Tapi, tapiskan tulang ikan, ambil airnya sahaja.
2. Blend bawang (sy memang suka guna bawang yg banyak)
3. Masukkan ikan & air, bawang dan halia. Hidupkan api. Bila dah panas, masukkan santan. Kacau berhati2 dan nonstop. Ini untuk elakkan santan pecah minyak.
4. Masukkan lada hitam, dan asam keping.
5. Akhir sekali masukkan garam. Tutup api. Tak perlu sampai pecah minyak ya.
Ulaman
Bunga kantan
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Sedikit togey
Semua ulam (kecuali togey) dihiris nipis dan digaulkan.
Selalunya orang hidangkan laksam dengan sambal. Cara saya, blend hancur cili api merah, gula, garam dan cuka. Agak2 kan rasa nya jgn masam sangat.
Ok, boleh la buat ye hujung minggu ni. Banyak juga kerjanya. Tapi berbaloi..hihi

Subscribe to:
Comments (Atom)