Tuesday, 27 June 2017

Copypaste dari my FB
😝😝

Menu untuk tengahari Raya ke dua.

Masak sendirian dibawah lindungan pokok rambutan, boleh lah ambil gambar sikit sikit. Resepi Asam Pedas Ikan Mayong ada Acik sertakan.😜

Bahan bahan untuk lebih kurang 2kg ikan.

Minyak masak
7-9 tangkai Daun kari
15 biji bawang merah*
3 biji bawang besar*
7 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
5 batang serai di ketuk
Lengkuas size 1/2 penumbuk. Kalau pakai tangan anak kau, pakai la size 1penumbuk😝😝
3kuntum bunga kantan
Seikat daun kesum
7 biji buah keras ditumbuk halus
7-9 senduk cili blender
Air Asam jawa
Garam dan gula (gula melaka / gula kabung)
Air

Cara :
1. Bahan bertanda (*) diblend halus dengan sedikit air dan minyak masak.
2. Panaskan minyak secukupnya. Tumis daun kari dulu sampai naik bau.
3. Masukkan bahan bahan yang telah diblend halus tadi. Masak lagi sehingga naik bau.
4. Sepatutnya masukkan lengkuas sekali, tapi kes terlupa, masuk kemudian. Kahkah
5. Ok, kemudian masukkan cili blender. Ok ini step paling penting. Kena masak lama dengan api perlahan, sampai cili betul betul masak. Selalunya bila dah masak - pecah minyak, Acik akan masukkan air dan tumis lagi.  Step ni diulang 3-4 kali. Sampai Acik puas hati.
6. Kemudian masukkan ikan mayong, gaul dengan bahan tumisan tu sikit, masukkan air dan tunggu sehingga kuah menggelegak, terus ,masukkan bahan hiasan, iaitu daun kesum dan bunga kantan. Kali ni ada bendi, Acik masukkan sekali. Kalau ada cabai merah atau cabai hijau, kau boleh campak sekali.
7. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis.
8. Akhir sekali masukkan buah keras tadi. Kacau sekali lagi biar sekata. Tunggu menggelegak, boleh tutup api. Buah keras ni bertujuan untuk melemakkan kuah kau.

Lepas tu hidang. Nantikan dengan debaran, orang akan makan sambil tertanya tanya,
"Wah! Siapa yang masak ni?". 😜😜

Kahkah.

Friday, 2 June 2017

Menu Berbuka Ramadan 2017

Assalamualaikum.

Lama tak update.

 Jom tengok antara menu menu yang saya masak untuk berbuka tahun ini.

 
Sagu gula kabung. Sedap buat pekat pekat gula dan santannya.  Santan saya masak sehingga mendidih, letak sedikit garam. Sentiasa kacau semasa masak santan.

Lala Masak Lemak Ciliapi. 
Saya suka sangat. 

Sayur bening + Sambal Limau. 
Saya dan suami tak makan belacan, jadi dalam sambal kami tak pernah ada belacan. Hanya guna cili merah, ciliapi, sedikit ikan bilis dan garam kemudian perahkan Limau kasturi. 

Antara menu berbuka kami

Selamat Berpuasa semua. 
Semoga Ramadan tahun ini memberikan keberkatan kepada kita semua.

Insya Allah.

Jumpa lagi ya