Salam dan Hi
Wah lama betul tak berblogging
Janji dicapati nampaknya
Hari ni saya nak share 1 resepi Rendang Ayam Mudah.
Saya perhatikan ramai anak anak muda sekarang suka guna pes untuk masak rendang, Jom cuba resepi rendang yang sangat mudah dan sedap.
Tapi macam biasa lah, masak rendang ni paling cepat pun 45 minit untuk kita dapat makan hasilnya :).
Saua dapati banyak resepi kini menggunakan minyak untuk menumis bahan terlebih dahulu. Semasa saya menonton rancangan masakan di TV, chef tersebut mengatakan ini untuk mempercepatkan proses memasak, dan menaikkan lagi bau bahan masakan. Tetapi, saya tetap menggunakan resepi dan ajaran ibu saya. Resepi saya tidak langsung menggunakan minyak untuk menumis, bau nye tetap harum :)
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 12 atau 16 pun boleh
5 ulas bawang besar*
15 ulas bawan merah*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(blend semua bahan dengan sedikit air)
5 sudu blender Cili blender* (Blend sendiri - dalam 20 tangkai cili kering)
5 - 7 biji cili api (optional)
5 helai Daun kunyit* - dihiris halus halus
3 batang serai dihiris halus*
Garam
Sedikit Gula ( Sy guna stevia)
500 - 700ml santan (kalau Santan Kotak saya guna dlm 400ml jenama Kara dan tambah air dlm 1 cawan)
Asam Keping (1-2 keping)
2 Sudu besar kerisik
Cara caranya :
1. Mudah sangat. sebab kita gunakan ayam biasa, masukkan semua bahan bertanda * dan ayam ke dalam kuali. Masak sebentar dalam 10 minit untuk mematikan air ayam. Kacau ayam yang telah bercampur dengan bahan lain dengan perlahan lahan takut isi ayam terburai (hehe).
2. Kemudian masukkan santan kotak / santan segar. Kacau selalu.
3. Mula mula kuah rendang akan kelihatan sedikit pucat. Jangan risau, dalam proses memasak, ia akan bertukar warna kepada lebih gelap sedikit demi sedikit. (rendang akan nampak lebih menyelerakan bila berwarna sedikit gelap - brownish)
4. Apabila kuah rendang hampir kering boleh tambah gula, garam dan letak asam keping. Balancekan rasanya ya. Jangan terlalu manis.
5. Akhir sekali bila kuah sudah agak pekat, tapi air ayam mesti sudah kering, boleh diletakkan kerisik (ready made aje)
Rendang saya selalunya banyak kuah (hehe) oleh itu saya banyak menggunakan santan. Lagi pulak boleh dijadikan kuah bila makan dengan nasi.. panas panas nasi .. huh terangkat.
Peringatan :
Daun kunyit mesti letak awal ye. Kalau letak lewat boleh menyebabkan rendang cepat basi
Dan... saya selalu frozenkan rendang saya ni, untuk saya jadikan bento anak anak saya. Tapi jujur cakap.. tahan 2hari aje. Anak suka makan nasi berulang ulang kalau saya masak lauk rendang ni
Tuesday, 22 November 2016
Daging goreng butter
Assalamualaikum dan hi
Hari ni, kita share resepi yang saya cipta spontaneously, sebab saya tak nak makan nasi.
Daging dalam 200g. Di hiris nipis nipis.
Perapkan sekejap dengan garam, lada sulah, lada hitam, oregano, italian seasoning dan adik beradik jintan. Perap selama 15minit.
Kemudian, panaskan 2 sudu besar butter (lagi sedap guna pure butter). Tumiskan 2 ulas bawang putih dengan sedikit halia. Masukkan daging yang telah diperap. Balik balikkan, dan masukkan ciliapi yang dihiris dan daun ketumbar.
Dah sedia untuk dimakan. Yeay
Sorry no picture anymore hukhukhuk
.

Tuesday, 5 April 2016
Kuih kaswi
Kuih kaswi memang menjadi favourite saya. Mak usu saya pakar buat kuih kaswi, Dia terima banyak sangat tempahan, especially masa musim kenduri kahwin, musim open house dan kadang kadang tanpa apa apa musim pun. Hehe. Berkat tunjuk ajar my Mak usu, saya dah berjaya buat kuih kaswi hampir sama macam kuih kaswi Mak Usu..
Resepi Mak Usu saya, rasanya yang original, sebab banyak resepi saya baca guna kicap, ataupun pewarna coklat ataupun sedikit serbuk koko untuk dapatkan warna gelap.
Mak usu saya tak guna sebarang pewarna or perisa tambahan ataupun kicap. Aunatural gitchewww.
Sedikit ubah suai saya buat, sebab biasalah orang orang lama ni, lebih kepada 'agak-agak', 'lebih kurang'.. hehe
Jom cek resepi yg sangat senang
2 cawan gula merah + 2cawan air (larutkan gula merah dahulu)
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung ubi
1 sudu makan kapur makan
6 cawan air biasa
Note : total air yang digunakan dalam 7 - 8 cawan (bergantung pada jenis / brand tepung gandum kita)
Satukan semua bahan diatas. Tapis dan masukkan dalam loyang (seeloknya loyang 11 in). Kalau guna loyang 10 x 10, kuih agak tebal dalam lingkungan 2in. Boleh je sebenarnya. Loyang tu bileh dioleskan sedikit minyak masak untuk memudahkan kita nak keluarkan kuih kaswi nanti.
Kukus selama 1 - 1 1/2 jam.
Biarkan sejuk baru di potong dan di salutkan dengan kelapa putih parut . Kelapa tu, kukus kan sekejap dalam 5minit, letak sedikit garam. Baru kuih x basi sampai petang. Kalau kuih yang belum di salut kelapa, jika dibiarkan di luar (tak masuk petiais) boleh tahan selama 1 hari.
Maaf xada gambar. Baru perasan selama ni sy buat kuih kaswi untuk jualan, tak pernah ambil gambarnya. Ish ish ish

Monday, 7 March 2016
Kek kek dan kek
Assalamualaikum dan hi
Jom tengok antara cake yang saya pernah hasilkan.
Masih amatur, dan perlu banyak latihan lagi.
![]() |
| Brownies |
![]() |
| Princess cake, inside choc moist cake |
![]() |
| Oreo cake |
![]() |
| Double trouble choc monster cake |
![]() |
| Choc moist with kitkat n varieties of deco |
![]() |
| Choc indulgence cake |
![]() |
| Sponge choc cake |
![]() |
| Cheese cake leleh untuk hantaran |
![]() |
| Choc moist cupcake with buttercream deco |
![]() |
| Chekered Rainbow cake with cream cheese |
![]() |
| Steam Choc layer Cheese Cake |
![]() |
| Cheese cake leleh (lagi hihi) |
![]() |
| Black forest. Besar ni, almost 3kg |
![]() |
| Choc moist cake with choc ganache |
![]() |
| Choc sponge cake |
![]() |
| Cappucino Sponge Cake with Buttercream |
![]() |
| Choc Sponge Cake with Edible Image |
Nasi impit kuah kacang
Assalamualaikum & hi
Hari ni, saya share resepi menu jualan saya pagi tadi. Mudah sangat nak membuatnya dan dalam 1jam dah siap.
Dulu, masa aya sekolah rendah, masa tu arwah opah masih hidup, semasa nak buat kuah kacang, perlukan separuh hari. Sebab arwah opah sangat teliti, dan semua bahan di goreng terlebih dahulu. Opah akan sangai kacang tanah (goreng tanpa minyak), perlu ditampi untuk dibuang kulit, kemudian bahan bahan lain seperti bawang, cili kering udang kering dan sebagainya, perlu digoreng satu persatu.

Pernah saya tanyakan pada opah, kenapa tak digoreng sahaja bawang, cili dan lain lain sekali harung dalam kuali, sebab nanti bahan bahan tu akan di blend dan dimasuk dalam kuali yang sama. (Hihih.. kes nak cepat sebab hari sebelum raya kan banyak cerita best best). Opah senyum, dan cakap kene buat satu satu.. sebab lain bahan tak sama tempoh masaknya (dalam loghat kuale yang pekat).
Tapi bila dah besar besar dan buat kuah kacang sendiri, saya belajar cara yang lebih mudah. Satu lagi opah punya kuah kacang, ada letak santan (memang sedap). Tapi yang saya buat ni, lebih kepada kuah sate lah kot ye? Jom, Kita tengok bahan2 nya ya.
500g kacang tanah digoreng atau disangai - kemudian blend kering
Cili kering yang telah diblender (saya masuk dalam 2senduk)
5 ulas bawang merah - diblend
1ulas bawang besar diblend
1ulas bawan putih- diketuk
2 inci Halia- diketuk
3 batang serai -diketuk
Gula melaka
Asam keping / asam jawa
Garam, gula
Sedikit minyak
Cara-caranya
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan semua bawang, bila dah naik bau, masukkan cili kering, tumis hingga masak. Masukkan juga halia dan serai
3. Kemudian masukkan kacang yang telah di blend kering tadi.
4. Tambah air, (agak2 ya jgn terkurang atau terbanyak) tapi takpe air ni kita boleh adjust bila kuah kacang kita dah masak nanti.
5. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan garam gula serta asam keping / asam jawa tadi. Pastikan selalu kacau untuk elakkan ia berkerak di dasar kuali.
Kuah kacang ni makin sedap selepas sehari kita buat dia. Hehe. Betul ni. Dan kalau selepas masak, kuah selalunya sedikit pekat, boleh je kita tambah air at any time, cuma pastikan kita panaskan balik sehingga menggelegak. Oh ya. Kuah kacang perlu seimbang rasa antara manis dan pedas.
Kuah kacang ni tahan lama. Jadi boleh la makan berulang kali. Hehe.

Sunday, 14 February 2016
Kek sponge Orange
Assalamualaikum dan hi
Jom kita tengok resepi kek sponge orange yg sangat gebu dan lembut. Untuk memastikan kek sponge kita memjadi, apa yang penting ialah teknik dalam memukul (beat) bahan bahan kita serta mestilah dalam tempoh yang betul. Tak boleh over beat, nanti kek akan mendap selepas dimasak. Selain itu, selepas masak, kek sponge tak boleh dibiarkan dalam loyang macam butter cake or moist cake. Ia harus segera dikeluarkan dari loyang.
Jom kita tengok bahan bahannya:
150gm tepung kek (tepung superfine)
110gm gula castor
5biji telur gred A, suhu bilik
1tbs ovalette
1tsp baking powder
80ml susu cair / susu segar
80ml minyak
Air perahan 1 biji orange - boleh juga ganti dgn 1tsp pati oren sunquick
Sedikit parutan kulit limau
Cara -
1. Pukul tepung, gula, telur, ovalette, b.powder sehingga gebu dan kembang dengan mixer.
2. Masukkan susu dan air perahan orange, kaup balik sehingga mesra, diikuti dengan minyak. Kaup balik hingga sebati
3. Masukkan dlm loyang 8 yang telah dilapik dengan kertas baking. Bakar pada suhu 175' selama 35 -40min.
4. Setelah masak, segera terlangkupkan, untuk keluarkan dr loyang dan betulkan balik pada kedudukan asal .
Sejukkan dan boleh dihidang atau dideco mengikut citarasa

Ikan siakap bakar portugese
Satu minggu sebagai SAHM, penat rupanya. Haha. Hari ini, saya sharekan resepi untuk Ikan Siakap Bakar ala Portugese. Makan panas2 dengan nasi putih semata, memang terangkat. Wau. Kombinasi rasa pedas, masam dan manis memang awesome.
Ikan tu, hasil tangkapan suami dekat kolam mancing. Jom tengok resepi ye
Ikan siakap, di salut dengan garam dan lada sulah. Ketepikan
5 ulas Bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
2 inci halia
2 batang serai
7 tbs cili blender
3 tbs serbuk cili
Daun limau purut diracik
Daun kunyit diracik
Bendi (5btg) di potong serong2
Limau nipis
Garam & gula
Minyak untuk menumis
Cara cara :
1. Blendkan semua bawang, halia, serai dengan minyak. Petuanya, elakkan blend dengan air, sebab air menyebabkan bahan bahan kita lambat masak / garing semasa proses menumis. Tumiskan bahan blender kita tu dengan sedikit minyak sehingga garing dan naik bau
2. Setelah garing, masukkan cili blender. Kacau seketika. Setelah separuh masak, masukkan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air (jadikan seperti pes).
3. Pastikan cili kita benar benar telah masak, masukkan garam dan gula kemudian perahkan limau nipis. Jangan lupa rasakan ye, biar seimbang pedas manis dan masam.
4. Sekarang kita nak mulakan proses membakar ikan. Saya bakar dalam oven je, boleh juga gunakan magic pan. Letakkan ikan diatas foil, kemudian boleh lah letakkan sambal portugese yang dah siap tadi tu. Pastikan kita salut keseluruhan ikan ya. Foil tersebut di tutup rapat rapat.
5. Akhir sekali letak hirisan bendi, dan tomato. Bakar dalam 45min - 1jam pada suhu 180'.

Sunday, 24 January 2016
Roti Jala lembut dan sedap
Assalamualaikum dan hi
Lama jugak tak kongsi resepi kat sini. Bz sikit lately,especially bila anak2 dah start sekolah.
Okay.. weekend baru ni, kawan saya wassap tny resepi untuk roti jala saya. So,hari ni saya kongsikan resepi Roti Jala yang dijamin lembut sampai kepetang.
Bahan
3cawan tepung gandum
3cawan air / santan / susu segar
1tsp garam
2 1/2 -3 tbs minyak
1 biji telur
Blendkan semua sekali, kemudian boleh 'dijalakan' hehe. Saya suka guna botol muncung 3, nanti cantik jadinya macam tikar.
Selalunya saya hanya guna air suam. Saya tak guna santan, sebab risau cepat basi (ada kes kami order dr seseorag dulu, dia guna santan, by the time nak serve during lunch, dah ada bau basi basi)
Susu pula saya x pernah cuba, sebabnya anak yg kecil allergic susu.. hihi. So air suam is terbaik. Kalau utk makan on the spot, boleh la guna santan. Mmg terasa lemaknya.
Minyak yang dicampur dalam bancuhan untuk memudahkan proses menjala sebenarnya. Masa menjala, kita dah tak perlu oles minyak pada nonstick pan kita. Sebab dah ada minyak dalam bancuhan. Jimat masa 😁
Roti jola sedap digandingkan dengan kuah kari. Saya akan masak kari ayam yang pekat, tidak bersantan, ala2 kari mamak
Nanti saya share resepi kari pula ya.
Sehingga lain posting.. toodles.....

Tuesday, 5 January 2016
Menu laksam
Assalamualaikum & hi
Hari ni kita share resepi laksam.
Faveret saya. Rela makan berulang ulang. Tak ingat dah santan @ tepung gandum yg digunakan tu. Hihi. Sumber resepi saya ambil dari blog Azie Kitchen
Bahan laksam:
3cawan tepung beras
1/2cawan tepung gandum
5 cawan air (sy guna 3cawan air biasa, 2 cawan air panas)
1/2 sudu kecil garam.
Satukan semua bahan dan hilangkan tepung yang bergentel. Kukus guna penutup periuk. Oleskan minyak pada penutup periuk dulu ya. Kukus selama lebih kurang 5min kemudian boleh diangkat / digulung. Nak tau dah masak atau belum, laksam akan menggelembung.
Bila dah siap semua adunan, boleh la digunting semua laksan tersebut. (Laksam mesti di gulung tau)
Bahan Kuah:
1kg ikan selayang -diperisikan
15 ulas Bawang merah
1inci halia diketuk
1-2 sudu serbuk lada hitam (yg kasar2 tu)
Santan (sy guna 1/2kg)
2keping asam keping
1.Setelah ikan diperisikan, blend hancur. Tulang ikan pun sama. Tapi, tapiskan tulang ikan, ambil airnya sahaja.
2. Blend bawang (sy memang suka guna bawang yg banyak)
3. Masukkan ikan & air, bawang dan halia. Hidupkan api. Bila dah panas, masukkan santan. Kacau berhati2 dan nonstop. Ini untuk elakkan santan pecah minyak.
4. Masukkan lada hitam, dan asam keping.
5. Akhir sekali masukkan garam. Tutup api. Tak perlu sampai pecah minyak ya.
Ulaman
Bunga kantan
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Sedikit togey
Semua ulam (kecuali togey) dihiris nipis dan digaulkan.
Selalunya orang hidangkan laksam dengan sambal. Cara saya, blend hancur cili api merah, gula, garam dan cuka. Agak2 kan rasa nya jgn masam sangat.
Ok, boleh la buat ye hujung minggu ni. Banyak juga kerjanya. Tapi berbaloi..hihi

Subscribe to:
Comments (Atom)