Sunday, 27 December 2020

2020 Corana melanda kita & Bread Butter Pudding Recepi

 2020 berbaki lagi 4 hari sahaja, saat post ini ditulis.

Mengikut Kalendar, tahun ini adalah tahun lompat, dan kita terlebih satu hari dari tahun lepas.  Nampak gayanya kelebihan 1 hari tu, tertutup dengan kehadiran virus Corona.  Perancangan Allah yang terbaik. Insya Allah ada hikmah atas semua yang melanda kita tahun  ini.


I've been working from home since our government had imposed the work from home order for those employed in both public and private sectors beginning Oct 22. Waiting eagerly to start working in my office, next year, hopefully.


During my WFH, i experimented a few recipes for my kids to try. My kids are not picky eater, but they rather avoid to try something new.  They usually love to have food that they are familiar with.  


Last Saturday, since my Ex-Boss ordered Bread Butter Pudding, i made extra for my kids to try (kecuali Aqil sebab dia allergic to all Dairy products).  Amazingly the kids love it, especially when they put EXTRA sauce on the pudding.

Jom, check out the recipe

10 keping roti 

4 biji telur

2 cawan susu cair

1 cawan whipping cream 

1 cawan castor sugar

secubit garam

1 tsp esen vanila

1 tsp cinnamon powder

2-3 tbs brown sugar

kismis & dried cranberry ikut suka banyak mana

Loyang 9 inci (hasilnya Bread Pudding lebih tebal) atau 10 inci (untuk hasil yang rendah sedikit)

Cara caranya: 

1. Sapukan roti dengan butter (on both sides), potong 3 segi atau 4 segi ikut suka lah. Susun dalam loyang yang telah dioles dengan butter secara bertindih.  Setiap lapisan roti, saya taburkan kismis dan dried cranberry. 

2. Pukul gula, telur, susu, whipping cream, esen vanila, garam sehingga sebati (boleh guna tangan atau electric mixer). Tak perlu sampai kembang, cukup sehingga gula hancur.

3. Curahkan keatas roti sehingga tenggelam. Biarkan roti terendam selama 1 jam.

4. Panaskan oven pada suhu 160 - 170 C.  Sebelum masukkan Bread Pudding kedalam over, taburkan Brown Sugar dan Cinnamon Powder di permukaan Bread Pudding.  Bakar Bread Pudding selama 30-40 min, masa ni rumah Masya Allah bau harummmmm :)

5. Bila dah cukup masa, boleh cucuk dengan lidi, kalau tak ada yang melekat dah masak la tu. Tutup api, buka kan pintu oven sikit, dan biar kan Pudding kita cool down dalam oven. Ini tips dia supaya bila kita keluarkan nanti dia tak menipis sangat.

6. Bila dah betul betul sejuk, masukkan kedalam Chiller, dan biarkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan

Nota : Boleh guna Roti putih biasa, tapi saya selalunya guna roti Butterscotch Gardenia untuk lebih nikmat yang tak terkata. hehe

Bread Pudding ni sedap dimakan dengan Vanila Sauce.  Resepi yang saya kongsikan ni, versi yang simple dan murah juga.

Bahannya: 

1 kotak Fullcream milk

4 tbs gula

secubit garam

5 tbs tepung jagung


Cara caranya :

1. Panaskan susu, masukkan gula dan garam.  Kacau selalu semasa diatas api.

Kalau suka sos yang lebih manis boleh tambah gula, tapi pada saya dah elok sebab puding kita dah ada gula, kismis dan cranbery yang manis.

2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, dan larutkan kedalam bancuhan susu. Kacau sehingga agak likat.  Tutup api, dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam chiller.


Senang aja kan? Masa nak hidangkan tu, boleh lah dust kan gula aising di atas Bread Pudding untuk nampak menarik sikit


Selamat mencuba (perasan la sekejap kot ada yang nak try haha)



Tuesday, 27 June 2017

Copypaste dari my FB
😝😝

Menu untuk tengahari Raya ke dua.

Masak sendirian dibawah lindungan pokok rambutan, boleh lah ambil gambar sikit sikit. Resepi Asam Pedas Ikan Mayong ada Acik sertakan.😜

Bahan bahan untuk lebih kurang 2kg ikan.

Minyak masak
7-9 tangkai Daun kari
15 biji bawang merah*
3 biji bawang besar*
7 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
5 batang serai di ketuk
Lengkuas size 1/2 penumbuk. Kalau pakai tangan anak kau, pakai la size 1penumbuk😝😝
3kuntum bunga kantan
Seikat daun kesum
7 biji buah keras ditumbuk halus
7-9 senduk cili blender
Air Asam jawa
Garam dan gula (gula melaka / gula kabung)
Air

Cara :
1. Bahan bertanda (*) diblend halus dengan sedikit air dan minyak masak.
2. Panaskan minyak secukupnya. Tumis daun kari dulu sampai naik bau.
3. Masukkan bahan bahan yang telah diblend halus tadi. Masak lagi sehingga naik bau.
4. Sepatutnya masukkan lengkuas sekali, tapi kes terlupa, masuk kemudian. Kahkah
5. Ok, kemudian masukkan cili blender. Ok ini step paling penting. Kena masak lama dengan api perlahan, sampai cili betul betul masak. Selalunya bila dah masak - pecah minyak, Acik akan masukkan air dan tumis lagi.  Step ni diulang 3-4 kali. Sampai Acik puas hati.
6. Kemudian masukkan ikan mayong, gaul dengan bahan tumisan tu sikit, masukkan air dan tunggu sehingga kuah menggelegak, terus ,masukkan bahan hiasan, iaitu daun kesum dan bunga kantan. Kali ni ada bendi, Acik masukkan sekali. Kalau ada cabai merah atau cabai hijau, kau boleh campak sekali.
7. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis.
8. Akhir sekali masukkan buah keras tadi. Kacau sekali lagi biar sekata. Tunggu menggelegak, boleh tutup api. Buah keras ni bertujuan untuk melemakkan kuah kau.

Lepas tu hidang. Nantikan dengan debaran, orang akan makan sambil tertanya tanya,
"Wah! Siapa yang masak ni?". 😜😜

Kahkah.

Friday, 2 June 2017

Menu Berbuka Ramadan 2017

Assalamualaikum.

Lama tak update.

 Jom tengok antara menu menu yang saya masak untuk berbuka tahun ini.

 
Sagu gula kabung. Sedap buat pekat pekat gula dan santannya.  Santan saya masak sehingga mendidih, letak sedikit garam. Sentiasa kacau semasa masak santan.

Lala Masak Lemak Ciliapi. 
Saya suka sangat. 

Sayur bening + Sambal Limau. 
Saya dan suami tak makan belacan, jadi dalam sambal kami tak pernah ada belacan. Hanya guna cili merah, ciliapi, sedikit ikan bilis dan garam kemudian perahkan Limau kasturi. 

Antara menu berbuka kami

Selamat Berpuasa semua. 
Semoga Ramadan tahun ini memberikan keberkatan kepada kita semua.

Insya Allah.

Jumpa lagi ya

Saturday, 4 March 2017

Assalamualaikum.
Tak jawab dosa. haha

Nak share tips sedapkan makanan

1. bismillah & selawat
Baca pada permulaan proses, pertengahan dan sepanjang masa
2. kacau masakan arah lawan jam
3. bahan yang diguna dalam angka ganjil. Samaada 1,3,5 dan seterusnya.  contoh 5 ulas bawang. 1 sudu garam, 3 sudu kicap dan seterusnya
4. Pecahkan minyak sehingga minyak terpercik kena tangan. Haha. ini untuk masakan sambal atau bahan berempah
5. amalkan surah2 terutama surah Alfatihah - untuk makanan rohani kita


#maaf lama tak update

Tuesday, 22 November 2016

Rendang Ayam Resepi Turun Temurun

Salam dan Hi

Wah lama betul tak berblogging
Janji dicapati nampaknya

Hari ni saya nak share 1 resepi Rendang Ayam Mudah.
Saya perhatikan ramai anak anak muda sekarang suka guna pes untuk masak rendang, Jom cuba resepi rendang yang sangat mudah dan sedap.

Tapi macam biasa lah, masak rendang ni paling cepat pun 45 minit untuk kita dapat makan hasilnya :).
Saua dapati banyak resepi kini menggunakan minyak untuk menumis bahan terlebih dahulu. Semasa saya menonton rancangan masakan di TV, chef tersebut mengatakan ini untuk mempercepatkan proses memasak, dan menaikkan lagi bau bahan masakan.  Tetapi, saya tetap menggunakan resepi dan ajaran ibu saya. Resepi saya tidak langsung menggunakan minyak untuk menumis, bau nye tetap harum :)

 
Bahan bahan:

1 ekor ayam - potong 12 atau 16 pun boleh
5 ulas bawang besar*
15 ulas bawan merah*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(blend semua bahan dengan sedikit air)
5 sudu blender Cili blender* (Blend sendiri - dalam 20 tangkai cili kering)
5 - 7 biji cili api (optional)
5 helai Daun kunyit* - dihiris halus halus
3 batang serai dihiris halus*
Garam
Sedikit Gula ( Sy guna stevia)
500 - 700ml santan (kalau Santan Kotak saya guna dlm 400ml jenama Kara dan tambah air dlm 1 cawan)
Asam Keping (1-2 keping)
2 Sudu besar kerisik

Cara caranya :
1. Mudah sangat.  sebab kita gunakan ayam biasa, masukkan semua bahan bertanda * dan ayam ke dalam kuali.  Masak sebentar dalam 10 minit untuk mematikan air ayam. Kacau ayam yang telah bercampur dengan bahan lain dengan perlahan lahan takut isi ayam terburai (hehe).
2. Kemudian masukkan santan kotak / santan segar. Kacau selalu.
3. Mula mula kuah rendang akan kelihatan sedikit pucat.  Jangan risau, dalam proses memasak, ia akan bertukar warna kepada lebih gelap sedikit demi sedikit. (rendang akan nampak lebih menyelerakan bila berwarna sedikit gelap  - brownish)
4. Apabila kuah rendang hampir kering boleh tambah gula, garam dan letak asam keping. Balancekan rasanya ya. Jangan terlalu manis.
5. Akhir sekali bila kuah sudah agak pekat, tapi air ayam mesti sudah kering, boleh diletakkan kerisik (ready made aje)

Rendang saya selalunya banyak kuah (hehe) oleh itu saya banyak menggunakan santan.  Lagi pulak boleh dijadikan kuah bila makan dengan nasi.. panas panas nasi .. huh terangkat.

Peringatan :
Daun kunyit mesti letak awal ye. Kalau letak lewat boleh menyebabkan rendang cepat basi

Dan... saya selalu frozenkan rendang saya ni, untuk saya jadikan bento anak anak saya. Tapi jujur cakap.. tahan 2hari aje. Anak suka makan nasi berulang ulang kalau saya masak lauk rendang ni

Daging goreng butter

Assalamualaikum dan hi
Hari ni, kita share resepi yang saya cipta spontaneously, sebab saya tak nak makan nasi.

Daging dalam 200g. Di hiris nipis nipis.
Perapkan sekejap dengan garam, lada sulah, lada hitam, oregano, italian seasoning dan adik beradik jintan. Perap selama 15minit.

Kemudian, panaskan 2 sudu besar butter (lagi sedap guna pure butter). Tumiskan 2 ulas bawang putih dengan sedikit halia. Masukkan daging yang telah diperap. Balik balikkan, dan masukkan ciliapi yang dihiris dan daun ketumbar.

Dah sedia untuk dimakan. Yeay

Sorry no picture anymore hukhukhuk
 .

Tuesday, 5 April 2016

Kuih kaswi

Kuih kaswi memang menjadi favourite saya. Mak usu saya pakar buat kuih kaswi, Dia terima banyak sangat tempahan, especially masa musim kenduri kahwin, musim open house dan kadang kadang tanpa apa apa musim pun. Hehe. Berkat tunjuk ajar my Mak usu, saya dah berjaya buat kuih kaswi hampir sama macam kuih kaswi Mak Usu..
Resepi Mak Usu saya, rasanya yang original, sebab banyak resepi saya baca guna kicap, ataupun pewarna coklat ataupun sedikit serbuk koko untuk dapatkan warna gelap.

Mak usu saya tak guna sebarang pewarna or perisa tambahan ataupun kicap. Aunatural gitchewww.

Sedikit ubah suai saya buat, sebab biasalah orang orang lama ni, lebih kepada 'agak-agak', 'lebih kurang'.. hehe



Jom cek resepi yg sangat senang

2 cawan gula merah + 2cawan air (larutkan gula merah dahulu)
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung ubi
1 sudu makan kapur makan
6 cawan air biasa

Note : total air yang digunakan dalam 7 - 8 cawan (bergantung pada jenis / brand tepung gandum kita)

Satukan semua bahan diatas. Tapis dan masukkan dalam loyang (seeloknya loyang 11 in). Kalau guna loyang 10 x 10, kuih agak tebal dalam lingkungan 2in. Boleh je sebenarnya. Loyang tu bileh dioleskan sedikit minyak masak untuk memudahkan kita nak keluarkan kuih kaswi nanti.

Kukus selama 1 - 1 1/2 jam.

Biarkan sejuk baru di potong dan di salutkan dengan kelapa putih parut .  Kelapa tu, kukus kan sekejap dalam 5minit, letak sedikit garam. Baru kuih x basi sampai petang. Kalau kuih yang belum di salut kelapa, jika dibiarkan di luar (tak masuk petiais) boleh tahan selama 1 hari.

Maaf xada gambar. Baru perasan selama ni sy buat kuih kaswi untuk jualan, tak pernah ambil gambarnya. Ish ish ish