Jom kita tengok resepi kek sponge orange yg sangat gebu dan lembut. Untuk memastikan kek sponge kita memjadi, apa yang penting ialah teknik dalam memukul (beat) bahan bahan kita serta mestilah dalam tempoh yang betul. Tak boleh over beat, nanti kek akan mendap selepas dimasak. Selain itu, selepas masak, kek sponge tak boleh dibiarkan dalam loyang macam butter cake or moist cake. Ia harus segera dikeluarkan dari loyang.
Jom kita tengok bahan bahannya:
150gm tepung kek (tepung superfine)
110gm gula castor
5biji telur gred A, suhu bilik
1tbs ovalette
1tsp baking powder
80ml susu cair / susu segar
80ml minyak
Air perahan 1 biji orange - boleh juga ganti dgn 1tsp pati oren sunquick
Sedikit parutan kulit limau
Cara -
1. Pukul tepung, gula, telur, ovalette, b.powder sehingga gebu dan kembang dengan mixer.
2. Masukkan susu dan air perahan orange, kaup balik sehingga mesra, diikuti dengan minyak. Kaup balik hingga sebati
3. Masukkan dlm loyang 8 yang telah dilapik dengan kertas baking. Bakar pada suhu 175' selama 35 -40min.
4. Setelah masak, segera terlangkupkan, untuk keluarkan dr loyang dan betulkan balik pada kedudukan asal .
Sejukkan dan boleh dihidang atau dideco mengikut citarasa

