Ikan tu, hasil tangkapan suami dekat kolam mancing. Jom tengok resepi ye
Ikan siakap, di salut dengan garam dan lada sulah. Ketepikan
5 ulas Bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
2 inci halia
2 batang serai
7 tbs cili blender
3 tbs serbuk cili
Daun limau purut diracik
Daun kunyit diracik
Bendi (5btg) di potong serong2
Limau nipis
Garam & gula
Minyak untuk menumis
1. Blendkan semua bawang, halia, serai dengan minyak. Petuanya, elakkan blend dengan air, sebab air menyebabkan bahan bahan kita lambat masak / garing semasa proses menumis. Tumiskan bahan blender kita tu dengan sedikit minyak sehingga garing dan naik bau
2. Setelah garing, masukkan cili blender. Kacau seketika. Setelah separuh masak, masukkan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air (jadikan seperti pes).
3. Pastikan cili kita benar benar telah masak, masukkan garam dan gula kemudian perahkan limau nipis. Jangan lupa rasakan ye, biar seimbang pedas manis dan masam.
4. Sekarang kita nak mulakan proses membakar ikan. Saya bakar dalam oven je, boleh juga gunakan magic pan. Letakkan ikan diatas foil, kemudian boleh lah letakkan sambal portugese yang dah siap tadi tu. Pastikan kita salut keseluruhan ikan ya. Foil tersebut di tutup rapat rapat.
5. Akhir sekali letak hirisan bendi, dan tomato. Bakar dalam 45min - 1jam pada suhu 180'.

No comments:
Post a Comment