2020 berbaki lagi 4 hari sahaja, saat post ini ditulis.
Mengikut Kalendar, tahun ini adalah tahun lompat, dan kita terlebih satu hari dari tahun lepas. Nampak gayanya kelebihan 1 hari tu, tertutup dengan kehadiran virus Corona. Perancangan Allah yang terbaik. Insya Allah ada hikmah atas semua yang melanda kita tahun ini.
I've been working from home since our government had imposed the work from home order for those employed in both public and private sectors beginning Oct 22. Waiting eagerly to start working in my office, next year, hopefully.
During my WFH, i experimented a few recipes for my kids to try. My kids are not picky eater, but they rather avoid to try something new. They usually love to have food that they are familiar with.
Last Saturday, since my Ex-Boss ordered Bread Butter Pudding, i made extra for my kids to try (kecuali Aqil sebab dia allergic to all Dairy products). Amazingly the kids love it, especially when they put EXTRA sauce on the pudding.
Jom, check out the recipe
10 keping roti
4 biji telur
2 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 cawan castor sugar
secubit garam
1 tsp esen vanila
1 tsp cinnamon powder
2-3 tbs brown sugar
kismis & dried cranberry ikut suka banyak mana
Loyang 9 inci (hasilnya Bread Pudding lebih tebal) atau 10 inci (untuk hasil yang rendah sedikit)
Cara caranya:
1. Sapukan roti dengan butter (on both sides), potong 3 segi atau 4 segi ikut suka lah. Susun dalam loyang yang telah dioles dengan butter secara bertindih. Setiap lapisan roti, saya taburkan kismis dan dried cranberry.
2. Pukul gula, telur, susu, whipping cream, esen vanila, garam sehingga sebati (boleh guna tangan atau electric mixer). Tak perlu sampai kembang, cukup sehingga gula hancur.
3. Curahkan keatas roti sehingga tenggelam. Biarkan roti terendam selama 1 jam.
4. Panaskan oven pada suhu 160 - 170 C. Sebelum masukkan Bread Pudding kedalam over, taburkan Brown Sugar dan Cinnamon Powder di permukaan Bread Pudding. Bakar Bread Pudding selama 30-40 min, masa ni rumah Masya Allah bau harummmmm :)
5. Bila dah cukup masa, boleh cucuk dengan lidi, kalau tak ada yang melekat dah masak la tu. Tutup api, buka kan pintu oven sikit, dan biar kan Pudding kita cool down dalam oven. Ini tips dia supaya bila kita keluarkan nanti dia tak menipis sangat.
6. Bila dah betul betul sejuk, masukkan kedalam Chiller, dan biarkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan
Nota : Boleh guna Roti putih biasa, tapi saya selalunya guna roti Butterscotch Gardenia untuk lebih nikmat yang tak terkata. hehe
Bread Pudding ni sedap dimakan dengan Vanila Sauce. Resepi yang saya kongsikan ni, versi yang simple dan murah juga.
Bahannya:
1 kotak Fullcream milk
4 tbs gula
secubit garam
5 tbs tepung jagung
Cara caranya :
1. Panaskan susu, masukkan gula dan garam. Kacau selalu semasa diatas api.
Kalau suka sos yang lebih manis boleh tambah gula, tapi pada saya dah elok sebab puding kita dah ada gula, kismis dan cranbery yang manis.
2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, dan larutkan kedalam bancuhan susu. Kacau sehingga agak likat. Tutup api, dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam chiller.
Senang aja kan? Masa nak hidangkan tu, boleh lah dust kan gula aising di atas Bread Pudding untuk nampak menarik sikit
Selamat mencuba (perasan la sekejap kot ada yang nak try haha)
No comments:
Post a Comment