Assalamualaikum & hi
Hari ni kita share resepi laksam.
Faveret saya. Rela makan berulang ulang. Tak ingat dah santan @ tepung gandum yg digunakan tu. Hihi. Sumber resepi saya ambil dari blog Azie Kitchen
Bahan laksam:
3cawan tepung beras
1/2cawan tepung gandum
5 cawan air (sy guna 3cawan air biasa, 2 cawan air panas)
1/2 sudu kecil garam.
Satukan semua bahan dan hilangkan tepung yang bergentel. Kukus guna penutup periuk. Oleskan minyak pada penutup periuk dulu ya. Kukus selama lebih kurang 5min kemudian boleh diangkat / digulung. Nak tau dah masak atau belum, laksam akan menggelembung.
Bila dah siap semua adunan, boleh la digunting semua laksan tersebut. (Laksam mesti di gulung tau)
Bahan Kuah:
1kg ikan selayang -diperisikan
15 ulas Bawang merah
1inci halia diketuk
1-2 sudu serbuk lada hitam (yg kasar2 tu)
Santan (sy guna 1/2kg)
2keping asam keping
1.Setelah ikan diperisikan, blend hancur. Tulang ikan pun sama. Tapi, tapiskan tulang ikan, ambil airnya sahaja.
2. Blend bawang (sy memang suka guna bawang yg banyak)
3. Masukkan ikan & air, bawang dan halia. Hidupkan api. Bila dah panas, masukkan santan. Kacau berhati2 dan nonstop. Ini untuk elakkan santan pecah minyak.
4. Masukkan lada hitam, dan asam keping.
5. Akhir sekali masukkan garam. Tutup api. Tak perlu sampai pecah minyak ya.
Ulaman
Bunga kantan
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Sedikit togey
Semua ulam (kecuali togey) dihiris nipis dan digaulkan.
Selalunya orang hidangkan laksam dengan sambal. Cara saya, blend hancur cili api merah, gula, garam dan cuka. Agak2 kan rasa nya jgn masam sangat.
Ok, boleh la buat ye hujung minggu ni. Banyak juga kerjanya. Tapi berbaloi..hihi


No comments:
Post a Comment