Monday, 28 December 2015

Churros - tested and testimoni saya

Aassalamualaikum and hi

Petang hari ni, saje try Churros - yang menjadi fenomena sejak akhir akhir ini. Resepi nya saya ambil dari FB puan Ezani Masterchef.
Sangat simple, dan menggunakan bahan yang boleh didapati di dapur rumah kita sepanjang masa.

1 cawan air
1 tbs minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 tbs gula kaster
1 tsp garam halus
1 biji telur (saya guna gred C)
Minyak untuk menggoreng
Gula dan serbuk kayu manis (saya guna icing sugar sahaja)

1) Didihkan air dan 1 tbs minyak dalam periuk.
2) Ayakkan tepung bersama gula dan garam.
2) Masukkan campuran tepung, garam, gula kedalam air yg telah menggelegak.
3) Tutup api dan kacau dengan senduk kayu sehingga tepung sebati.
4) Masukkan sebiji telur dan kacau lagi sehingga adunan likat dan licin.
5) Masukkan adunan ke dalam plastik piping bag dengan nozzle star.
6) Panaskan minyak untuk menggoreng. Saya guna periuk kecil, dan isi minyak separuh periuk. Paipkan adunan churros dan goreng hingga garing dan keperangan. Balikkan.
7) Angkat dan toskan minyak. Gaulkan dalam gula icing. Sediakan chocolate dip kalau  suka

Sorry x teringat nak ambil gambar. Hehe

Komen saya :
Masa saya buat tadi, saya terpikir, bahan bahannya sebijik sama kalau nak buat jemput jemput. Cuma tidak diletakkan bawang dan  ikan bilis. So, masa makan saya memang tak dapat nak nafikan asyik terpikir jemput jemput aje. Heheh.
Rasanya ok, ianya garing diluar dan lembut didalam. Kalau kita buat jemput jemput guna air panas, memang begitulah hasil nya. Kalau guna air suam pulak, memang lembut luar dan dalam.  (Eh cerita pasal jemput jemput pulak dah)

Bila salut /sprinkle dengan gula icing tadi, saya terbayang donut pulak. Kiranya ni macam donut segera, tak perlu yis dan perap semua.

Ada juga katakan its the same recepi and method untuk buat kuih belimbing, kuih tradisi dari negeri terengganu. Bezanya bila di orangputihkan dip degan chocolate.

Kesimpulannya, pada saya, Churros sangat sesuai bila nak bagi anak anak makan, especially time cuti sekolah. Dan kalau tetamu datang pun boleh juga dijadikan side dish.

Till next post.


No comments:

Post a Comment