Thursday, 3 December 2015

Cheese Cake Leleh

Assalamualaikum & hi.

Saya x suka cheese cake. Any type of cheese cake, be it baked or non baked. Infact apa2 desert yang ada cheese, memang saya tolak. Hihi. Tapi saya buat aje cheese cake, and usually my regular customers order Cheese Cake Leleh.
Resepi as below ya 😍

Bahan kek:
4biji telur
2biji telur kuning
100gm gula castor
100gm tepung hongkong
60gm tepung jagung
1sudu kecil baking powder
1sudu besar ovalette
50ml air sejuk
75gm butter (cairkan dan sejukkan)

Cara :
1. Pukul semua bahan hingga kembang, gebu dan pekat.
2. Masukkan butter cair tadi, kaup balik sehigga rata
3. Masukkan dalam loyang yg telah dilapik baking paper (xperlu sapu butter)
4. Bakar @ 170  (ikut oven masing masing ya) selama 35-40mins.
Selalunya saya bakar dlm bekas kecil 7x3in, so masa bakar is less, around 25 mins shj. 

Cream cheese:
250 cream cheese (sy selalu guna tartura)
100gm susu pekat
50ml whipping cream (atau boleh guna fresh milk)

Pukul creamcheese, masukkan susu pekat  dan whipping cream. Siap.

Assemble the cake!
1. Potong kek kepada 2 bahagian (lebih pun boleh, tapi kene double quantity creamcheese tadi ya)
2. Letak cream cheese dibatas lapisan kek yang pertama.
3. Letakkan lapisan kek kedua.
4. Boleh teruskan pada activiti menyalut kek kita dengan baki cream cheese tadi.
5. Selepas itu, sagatkan blok cheddar diatas permukaan kek. Jangan letak sikit sangat, be generous and people will come back for more. yeay. Insya Allah.


Notes 😎
1. Selepas bakar sejukkan dahulu baru letak creamcheese nya
2. Terbalikan loyang kek sejurus lepas bakar. Supaya dia x mendap.
3. Xperlu sapu butter pada keliling loyang. Pantang utk kek sponge. Hihi.



No comments:

Post a Comment