Tuesday, 8 December 2015

myhoneys choc moist cake

Assalamualaikum & hi.

Saya suka chocolate cake, the moist and full of choc ganache chocolate cake. Tapi saya tak lalu makan banyak sekali gus. Selalunya saya hanya boleh makan 1 small slice at one time. Tapi saya akan repeat every hour (or 2). So, tak lah fanatik choc cake sangat.. Heheh. Kalau Anis Moist Choc Cake tu, yg container LOVE tu, saya amek masa 1 hari kadang kadang 2 hari untuk habiskan 1 bekas.

Ok, so hari ni saya nak kongsikan resepi
moist choc cake - versi bakar.
 I copied this recepi from mamafami blog, long time ago . SYUKUR the customers love it and always repeat their orders.

Bahan:

2 cwn tpg gandum*
3/4 cwn serbuk koko*
1 tsp baking powder*
2 tsp soda bicarbonate*
2 cwn gula castor ( sy reducekan kepada 1+ 3/4 cawan shj)
1 cwn buttermilk
2 biji telur
1 cwn minyak (jagung @ masak)
1 cwn air panas (tambahkan 2tsp serbuk nescafe)

Method:
1. Ayak bahan bertanda *.
2. Satukan semua bahan kering dengan telur, buttermilk dan minyak. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan air panas (yang telah dicampur nescafe). Sebatikan.
4. Bakar pada suhu 150' sahaja. (It's a slow cooking cake, sebab tu ia sentiasa moist walaupun 2biji telur sahaja yang digunakan)
5. Sekiranya dibakar dlm 1 loyang besar (8-9inci) masa diperlukan adalah 60 - 70 min. Kalau dibuat sebagai cupcake, masa untuk bakar adalah dalam 25 -30 min ya.

Bila kek dah sejuk, boleh topping kan dengan choc ganache sahaja, atau fresh cream dan choc ganache.

Cake ini menghasilkan kek seberat 1.5 kg (kek sahaja, tidak termasuk ganache).
Memang puas hati. Heheh

Antara myhoneys choc moist cake.

Selalunya saya cadangkan choc moist cake klu untuk birthday kanak kanak. Memang anak2 akan suka sangt, especially bila dihiaskan dengan choc ganache. Memang marvelous. 

Ok selamat mencube




No comments:

Post a Comment