Friday, 25 December 2015

Cheezy Melty Lasagna by Myhoneys Delicacies

Assalamualaikum n hi

Hari ni saya nak share 1 lagi resepi of my killer product (ecewah). LASAGNA.
Lasagna is combination of spagetti sauce (a.k.a red sauce), bechamel sauce (a.k.a white sauce) and lasagna sheet. The secret to a delish lasagna,   is to make the white sauce super cheezy. Baru la orang tertawan, and cant stop eating. Ish ish ish.

Saya tak guna instant spageti sauce, i prefer to make 1, using my own version instead.



CHEEZY MELTY LASAGNA

A) RED SAUCE
800g - 1kg minced meet
7 pcs of garlic - dihiris / ditumbuk kasar
7 tomato - dipotong dadu
9 bawang besar - dipotong dadu
3 tbs oyster sos
4 tbs chili powder
5 tbs tomato sos
5 tbs chili sos
Garam & gula

1. Panaskan sedikit minyak zaitun.
2. Masukkan daging cincang, masak sehingga kering air.
3. Kemudian masukkan tomato dan bawang besar.
4. Masukkan sos sos lain. Masak sehingga air kering. Perasakan dengan garam,  gula dan bahan perasa kalau suka. Ketepikan

B) WHITE SAUCE
5 tbs tepung gandum
5 tbs butter
1 liter susu segar
6 keping cheese cheddar

1. Panaskan butter, dan masukkan tepung. Kacau jangan sampai hangit / hangus
2. Masukkan susu, sambil tu kacau dengan laju
3. Bila susu dah panas, masukkan cheese. Jangan lupa perasakan dengan garam. Kacau sehingga cheese larut dan kuah menjadi pekat
4. Biarkan sekejap dan sejukkan.

C) Kepingan lasagna, direbus sedikit dengan sedikit minyak sehingga agak lembut.

Sekarang, kita boleh assemble kan lasagna. Sediakan bekas yang tahan untuk dibakar. Boleh guna kaserol ataupun foil.

Step pertama, lapiskan bahagian bawah bekas (atau foil) dengan Red Sos, kemudian letakkan kepingan lasagna, dan diikuti dengan white sos. Ulang lagi untuk lapisan seterusnya : Red Sos, kepingan lasagna dan White Sos. Remember, be generous ya. Akhir sekali, taburkan mozarella cheese dan sprinkle kan oregano atau italian spice.

Now, our lasagna is ready to bake. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 170degree, selama lebih kurang 30 - 40 min. Atau sehingga bahagian atas agak garing.

Now ur lasagna is ready to be served. Tak perlu makan dengan chili sos. Sedap dimakan begitu sahaja.

Ok jangan lupa cuba resepi ni tau. Gerenti korang semua tak rela makan yang secret ****** lagi hihi.

Line problem pulak.. nnt bila2 saya up gambo.

Update: gambar dah saya sertakan. :)
Enjoysss







small size - 1 pax
Wau.. free testimoni ihsan customer

Ada 2 size yang customer selalu request

No comments:

Post a Comment