Monday, 14 December 2015

Popcorn ala Garret

Assalamualaikum & hi.
I love popcorn. Hari ini saya nak sharekan resepi homemade popcorn. Commercial popcorn, selalu sangat terlebih manis. So, sempena cuti sekolah, saya buat popcorn sendiri, bagi anak anak kenyangkan perut  mereka. Hahaha.

Step A.
1.Panaskan butter /planta 3-4 sudu dalam kuali besar. Cairkan butter dan pastikan ia dalam keadaan panas
2. Masukkan 2 @ lebih genggam bertih jagung
3. Terus tutup dengan penutup kukus ke.. or any penutup yg besar dan kembung. Boleh juga tindih dengan lesung batu. Saya tindih dengan anak lesung sahj, sebab lesung saya besar dan berat.
4. Api sederhana. Tunggu nnt dia meletup2, tunggu sampai  dah habis letup - dh jd popcorn le tu.
5. Tutup api, angkat popcorn.

Step B - Caramel
1. Panaskan 2 sudu butter / planta
2. Masukkan 1/2 cawan brown sugar (actual 1 cwn, tapi saya reduce sebab nak kurangkan manis)
3. Masukkan susu pekat 2-3 sudu
4. Kacau2 sampai gula hancur. Jangan lama,nanti caramel pahit.
5. Sira kan atas popcorn, seboleh bolehnya, salutkan semua popcorn dengan caramel

Step C - keringkan. Step ini penting supaya popcorn jadi rangup & crunchy.
1. Letak popcorn atas tray
2. Temperature oven 160. Masukkan popcorn, every 10 min keluarkan and kacau. Bakar 30 min. Kalau popcorn sikit aje, buat around 20min pun ok.
3. Tunggu sejuk sikit, kemudian simpan dalam bekas bertutup.

Siap :-)
Tak sedar habis 2 balang sambil menaip buat kerja. Hehehe..

SELAMAT MENCUBA YA

No comments:

Post a Comment