Tuesday, 15 December 2015

Kelebihan bertahajud.

Mari kita sama sama amalkan.
#Credit to FB puan Mona Din.
Saya pernah dengar seorang ustaz berkata, walau kita terjaga 5min sebelum subuh pun, waktu untuk bertahajud masih ada.
Insya allah.

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT :

 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)

Sabda Rasulullah SAW :

"Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”  
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

TUJUAN Solat Tahajjud

✅Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
✅Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
✅Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
✅Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
✅Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

CARA Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Sabda Rasulullah SAW :

"Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”  
(Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

NIAT Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

"Sahaja aku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala".

BACAAN SURAH selepas Al-Fatihah:

a) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)

b) Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun

Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

(Atau baca mana2 surah yg di sukai).

DOA Solat Tahajjud

Tidak ada doa khusus yang harus dibaca setelah Solat Tahajud, dengan kata lain kita bebas menentukan doa apa yang ingin munajatkan kepada Allah Azza wa Jalla.

(Akan tetapi, ada sebuah doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah selepas Solat Tahajud

Doa tersebut adalah sebagaimana diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata:

Biasanya Nabi SAW apabila solat di malam hari untuk tahajjud maka baginda mengucapkan) :

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ

وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ

وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ

اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ

فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ

أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ.

"Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau pencipta dan pemelihara (pengatur) langit dan bumi serta segala isinya.
Bagi Mu segala puji, kepunyaan Mu kerajaan langit dan bumi serta segala isinya.
Bagi Mu segala puji, Engkau adalah nur (cahaya) langit dan bumi.
Bagi Mu segala puji, Engkau lah penguasa langit dan bumi.
Bagi Mu segala puji, Engkau adalah haq (Maha Benar), janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah, hanya kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku beriman, kepada Mu aku bertawakal dan hanya kepada Mu aku kembali. Kerana Engkau aku memusuhi dan hanya kepada Mu aku mengambil keputusan.
Ampunilah aku atas segala yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan.
Engkau lah zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir, tidak ada sembahan kecuali Engkau".

KELEBIHAN  Solat Tahajjud

🌹Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
🌹Doa dimakbulkan Allah.
🌹Memperolehi ketenangan jiwa.
🌹Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
🌹Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
🌹Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
🌹Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
🌹Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
🌹Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
🌹Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
🌹Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
🌹Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
🌹Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
🌹Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
🌹Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
🌹Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
🌹Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
🌹Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Wallahualam

MonaDin@Laman Seri
4.30am
Rabu16Disember2015

No comments:

Post a Comment